
Laporan/Foto: Randy William Achang (Sarawak)
LIMBANG, 12 Februari (MalaysiaAktif) – Seruan kerajaan ke arah membudayakan masyarakat celik IT dan pendigitalan di kalangan komuniti telah dilaksanakan menerusi program Komuniti Madani x NADI di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Pahlawan melibatkan penyertaan ahli Komuniti MADANI Kampung Sayung di sini.
Sasaran program ini adalah sebagai usaha strategik antara JAPEN dan NADI merangka pelan tindakan bersama untuk memperkasakan komuniti setempat dengan kemahiran digital sesuai dengan tuntutan era moden kini.

Sahut seruan kerajaan ke arah Celik IT menerusi program Komuniti Madani x NADI.
Dalam sesi taklimat khas, Pengurus NADI Kampung Pahlawan Noor Yana Brahim, menjelaskan peranan utama NADI adalah dalam menyediakan perkhidmatan sejagat kepada masyarakat.
“Antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk bantuan semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) serta modul kursus merangkumi keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat dan kesedaran inisiatif kerajaan,” katanya semalam.

Ahli Komuniti Madani sedang mendengar taklimat.
Selain itu tambahnya, NADI turut menawarkan pendaftaran percuma kepada ahli baru bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan seperti penggunaan komputer dengan kadar serendah RM1 sejam.
-RJ-