
Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Perak)/Indiescape
IPOH, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Garage Sessions yang mengetengahkan persembahan muzik bergenre indie telah berlangsung di LadyBoss Studio, di sini kelmarin.

Persembahan daripada Besska Tok Saad
Program anjuran Indiescape itu menyaksikan persembahan daripada kumpulan muzik seperti Couple, Sethpoll, Cissco, Besska Tok Saad, Payrock dan Amanda.

Lebih 150 orang peminat muzik bergenre indie hadir ke Garage Sessions
“Indiescape merupakan satu organisasi yang menguruskan persembahan kumpulan muzik bergenre indie di Ipoh dan telah berjaya mendapat kerjasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) menerusi penganjuran Indiescape Soundfest tahun lalu.
“Program ini disambut baik oleh pelbagai golongan masyarakat dari dalam dan luar negara selaras dengan gelaran ikonik bandaraya ini iaitu Ipoh Rock City yang juga merupakan bandar ke lapan terbaik di Asia untuk dikunjungi pada tahun ini,” katanya.
Jelasnya lagi, Garage Sessions ini telah mendapat tajaan sepenuhnya oleh People of Remarkable Talents (PORT) menerusi Dana Kreatif Perak@Port (DKP).
-AA-