
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Anuar Che Amat
KANGAR, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Payung Rahmah adalah manifestasi keprihatinan kerajaan persekutuan kepada rakyat, terutama bagi golongan berpendapatan rendah dengan mendapat kerjasama rakan-rakan strategik yang terlibat. Salah satu inisiatif di bawah Payung RAHMAH adalah Jualan Rahmah Bergerak.

Barangan keperluan rumah dengan diskaun antara 10-30 peratus
Menurut seorang pembeli Nurul Ashikin Mohamad Hatta, 37, seorang kakitangan awam, berkata inisiatif Jualan Rahmah Bergerak ini memudahkan bagi penduduk.
“Dengan JRB ini, saya lihat ia dilaksanakan dekat dengan masyarakat, seolah sejengkal sahaja dari rumah dan sangat sesuai dilaksanakan pada hujung minggu bagi memudahkan seperti kami yang bekerja,” ujarnya ketika ditemui di JRB Parlimen Padang Besar, semalam.
Kerajaan persekutuan melalui KPDN sentiasa memastikan peruntukan yang disalurkan dapat direalisasikan dan diperluaskan supaya golongan sasar dapat menerima manfaat dari Jualan Rahmah Bergerak.

Jualan Rahmah Bergerak mendapat sambutan daripada penduduk
Jualan Rahmah Bergerak pada Sabtu dan Ahad ini sahaja di Negeri Perlis, berada di lima lokasi dan melibatkan dua Parlimen iaitu Kangar dan Padang Besar.
Jualan Rahmah Bergerak ini mendapat sambutan dari penduduk sejak awal cuti persekolahan dan pada hujung minggu.
Jualan Rahmah Bergerak adalah merupakan program jualan murah bagi keperluan barang rumah sepanjang tahun ke lokasi-lokasi yang ditetapkan oleh KPDN, terutama di kawasan mempunyai rakyat berpendapatan rendah.
-AA-