Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Jelajah Orang Johor Platform Jelaskan Inisiatif Kerajaan

By 9 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Faizal Mansor/Krisha Selladurai (Pontian)

PONTIAN, 9 Feb (MalaysiaAktif) – Program Jelajah Orang Johor (JOJ) yang julung kali diadakan pada tahun ini merupakan platform terbaik untuk menjelaskan dan mengetengahkan segala inisiatif dan usaha kerajaan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata Program Jelajah Orang Johor (JOJ) merupakan platform terbaik untuk menjelaskan dan mengetengahkan segala inisiatif dan usaha Kerajaan kepada semua rakyat di negeri ini

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata ia juga merapatkan hubungan mesra antara pemimpin dan masyarakat serta menyampaikan mesej bahawa suara rakyat adalah asas kepada pentadbiran yang berkesan.

“Johor mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM2.1 bilion pada tahun lepas, tertinggi yang pernah direkodkan, justeru adalah tanggungjawab kita merencanakan hasil tersebut untuk kemajuan rakyat negeri Johor.

Pelbagai lapisan masyarakat di DUN Kukup berpeluang berjumpa dengan barisan kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri menerusi program Jelajah Orang Johor (JOJ)

“Maka itu, kerjasama yang padu antara barisan Exco Kerajaan Negeri Johor bersama penjawat awam Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk memastikan agar semua projek-projek rakyat serta inisiatif Kerajaan Negeri yang telah direncanakan dalam Belanjawan Negeri Johor 2025 dilaksanakan dengan efektif dalam kadar segera,“ katanya ketika berucap merasmikan Program Jelajah Orang Johor Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup di Kompleks Penghulu Mukim Serkat, di sini hari ini.

Tambah Datuk Onn, beliau juga menyeru semua barisan Exco Kerajaan Negeri Johor agar kerap turun padang untuk menerangkan inisiatif Kerajaan Negeri kepada akar umbi agar rakyat negeri ini tidak dipesongkan dengan khabar angin dan tohmahan fitnah dari pihak yang tidak bertanggungjawab.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kukup, Datuk Jefridin Atan dan Pegawai Daerah Pontian Kamaluddin Jamal.

-AA-

Tinggalkan komen anda