Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Komuniti Madani Kampung Daun Singai Jayakan Slot Khas Program Komuniti Madani X NADI

By 12 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 12 Februari (MalaysiaAktif) – Seramai 10 orang Ahli Komuniti Madani Kampung Daun Singai berkampung di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Tanjung Bowang bagi menjayakan Slot Khas Program Komuniti Madani X NADI.

Kristina menyampaikan taklimat Kenali NADI dan perkhidmatan Pintar NADI kepada peserta.

Menerusi program itu, Pengurus NADI, Kristina Bujang telah menyampaikan taklimat bagi mendedahkan para peserta dengan maklumat Kenali NADI dan Perkhidmatan Pintar NADI sekali gus beliau mengajak peserta menggunakan perkhidmatan yang disediakan NADI untuk manfaat meningkatkan sosioekonomi keluarga mereka.

Turut hadir di program itu ialah Ketua Komuniti Madani Kampung Daun Singai, Roystein Giles, 40, yang turut hadir bersama ahli-ahlinya.

“Banyak maklumat berkaitan perkhidmatan NADI yang kami dapat menerusi program ini dan usaha ini bukan sahaja bertepatan dengan saranan kerajaan ke arah membudayakan masyarakat celik IT dan pendigitalan malahan memastikan masyarakat mendapat ekses kepada perkhidmatan dan bantuan kerajaan tanpa ada yang tercicir,” ujar Roystein kelmarin.

Sembang santai dan edaran pelbagai bahan penerbitan antara pengisian menarik program ini.

Terdahulu Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman NADI Tanjung Bowang merupakan lokasi pertama penganjuran program dan NADI Krokong menjadi lokasi kedua melibatkan penyertaan Komuniti Madani Kampung Peros.

“Saya berharap agar komuniti Madani Kampung Daun Singai sentiasa membantu dalam memasarkan maklumat yang sahih dan tepat kepada masyarakat di peringkat akar umbi sebagai usaha menangani berita palsu yang boleh mengusarkan masyarakat,” ujar Sumardi kemarin.

-RJ-

Tinggalkan komen anda