
Laporan/foto: Surina Simat (Maran)
MARAN, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) komited menjadi agensi perumahan dan hartanah pilihan rakyat dalam menyediakan pembangunan yang mampan dan lestari khususnya kepada rakyat di negeri ini.

Dato’Hj Mohammad Fakhruddin bin Mohd Ariff menyampaikan ucapan
Menurut Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Berhormat Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, kerajaan Negeri Pahang berada di landasan yang tepat dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat Pahang demi keselesaan yang berterusan untuk generasi akan datang.

Sesi taklimat yang disampaikan oleh LPHP kepada penduduk Taman Maran Damai
“Kerajaan Negeri Pahang akan sentiasa memperkasakan sektor perumahan bagi memastikan setiap rakyat mempunyai kediaman yang selesa,” ujarnya sewaktu berucap di Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Bahagian Kerajaan Tempatan dengan LPHP di sini, semalam.
LPHP turut menerangkan serba sedikit dalam satu taklimat berkenaan program-program perumahan yang berada di bawah seliaan LPHP seperti Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang, Projek Rumah Makmur, Projek Rumah Pahang, Projek Rumah Penjawat Awam Negeri Pahang (RPAP), Rumah Kos Rendah dan Sederhana Rendah.
Orang ramai juga berpeluang untuk membuat pendaftaran serta semakan permohonan perumahan dan mendapatkan jawapan untuk sebarang persoalan dari sumber yang tepat.
Turut diadakan majlis yang sama penyerahan cek bagi pengurusan utiliti kepada TNB dan Indah Water Konsortium Sdn Bhd.
-AA-