Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

NADI Bina Hubungan Strategik Bersama Komuniti Madani

By 10 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fikri Johari (LMS)

BATU KURAU, 10 Feb (MalaysiaAktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kini meluaskan jaringan dengan menjadi rakan strategik bersama Jabatan Penerangan Malaysia melalui Komuniti Madani dalam menyebarkan maklumat kepada masyarakat setempat.

Ahli Komuniti Madani sedang membuat pendaftaran Jaringan Komuniti di NADI PekanĀ BatuĀ Kurau

Menurut Pengurus NADI Pekan Batu Kurau Siti Nur Afni Tazidin, berkata NADI menyediakan pelbagai kemudahan kepada penduduk setempat bagi memudahkan urusan mereka disini.

Pengurus NADI Pekan Batu Kurau memberikan sedikit taklimat sebelum program NADI X Komuniti Madani secara atasĀ talianĀ bermula

“Kolaborasi antara NADI dan Komuniti Madani ini dilihat sebagai satu perkara yang positif bagi membantu menyebarluaskan isu-isu semasa kerajaan kepada masyarakat setempat dari pelbagai sudut,” katanya.

NADI yang bertempat di Pekan Batu Kurau ini dilihat sebagai salah satu lokasi yang strategik dan dijadikan sebagai platfomm yang tepat untuk berganding bahu bersama Komuniti Madani dalam membantu menyampaikan dan menyebarluaskan dasar-dasar kerajaan kepada penduduk setempat.

Tambah beliau lagi, langkah ini adalah salah satu inisiatif kerajaan terhadap penduduk setempat khususnya yang tinggal di luar bandar demi merealisasikan hasrat kerajaan.

“NADI juga menyediakan pelbagai kemudahan yang ada seperti kelas-kelas MAHIR secara atas talian seperti MAHIR Foto, MAHIR Masak, MAHIR Baiki Gajet, MAHIR Jahit dan MAHIR Pertanian Pintar.

“Selain itu, masyarakat awam boleh membuat urusan-urusan kerajaan secara atas talian dan banyak lagi,” ujar nyaketika di temuramah selepas selesai program NADI X Komuniti Madani Negeri Perak secara atas talian, kelmarin.

-AA-

Tinggalkan komen anda