
Laporan/foto: Fikri Johari (LMS)/NADI Pekan Batu Kurau
BATU KURAU, 23 Feb (MalaysiaAktif) – Pasukan Lanun yang terdiri daripada enam orang pemain berjaya mempertahankan kejuaraan Pertandingan E-Sport Mobile Legend buat kali kedua berturut-turut pada kali ini dan menewaskan beberapa lagi pasukan yang turut bertanding.

Suasana ketika pertandingan E-Sport Mobile Legend diadakan.
Menurut Pengurus Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Batu Kurau Siti Nur Afni Tazidin, pertandingan E-Sport Mobile Legend ini adalah penganjuran kali kedua berturut-turut dipertandingkan sejak tahun lalu.
“Pertandingan E-Sport Mobile Legend ini adalah anjuran NADI Pekan Batu Kurau untuk mencari satu pasukan yang akan mewakili DUN Batu Kurau ke peringkat daerah Larut Matang dan Selama yang akan diadakan tidak lama lagi.
“Pencarian bakat ini telah pun mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan remaja terutama bagi peminat sukan e-sport (e-sukan) seperti ini,” ujarnya.
“Sukan e-sport ini sememangnya mendapat tempat di hati golongan remaja kerana sukan ini dianggap mampu untuk mengisi masa lapang, selain mampu menjadi pendapatan sampingan.

Sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tambah beliau, ternyata bakat-bakat anak remaja belia ini tidak dapat disangkal lagi kehebatannya dan e-sukan ini sememangnya mempunyai ramai pengikut yang tersendiri.
“Saya berharap sukan e-sport ini dipandang tinggi oleh masyarakat setempat kerana sukan ini telah pun diiktiraf di peringkat antarabangsa dan sebagai salah satu sukan profesional serta saya mahu lebih ramai lagi anak muda dapat menyertai pertandingan seperti ini supaya mereka boleh mengembangkan lagi bakat dan minat yang mereka miliki,” ujarnya ketika ditemu bual, di sini semalam.
Turut mengambil bahagian adalah Kumpulan Kaki Santai, Kumpulan Kas Okpa Kedia Nya dan Kumpulan Dragon Squad.
-ZS-