Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Perarakan Chap Goh Mei Bukti Semangat Perpaduan Yang Tinggi

By 13 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aishah Latip (Sarawak)

LUNDU, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Perarakan Chap Goh Mei adalah bukti semangat perpaduan yang tinggi dalam kalangan masyarakat apabila disertai oleh pelbagai bangsa seperti masyarakat Melayu dan Dayak.

Sambutan perayaan yang melibatkan 33 kontijen itu telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu Azizul Annuar Pehin Sri Adenan Satem di Tua Pek Kong, di sini semalam.

Perarakan Chap Goh Mei sedang berlansung.

Sambutan Chap Goh Mei kebiasaannya diadakan pada malam ke-15 yang turut menandakan hari terakhir bagi sambutan Tahun Baru Cina.

Secara literalnya, Chap memberi maksud 10, Goh adalah lima dan Mei pula adalah malam.

Perayaan ini juga seringkali dikaitkan dengan mitos peristiwa dua wanita bujang yang telah membuang buah oren ke dalam sungai dengan harapan mendapat jodoh.

Fasha Haszleen, 18, dari Kuching melahirkan rasa teruja dan gembira kerana ia adalah pertama kali melihat perarakan Chap Goh Mei di Lundu.

Fasha ketika ditemui.

“Perarakan ini sangat unik yang bukan sahaja melibatkan kaum Cina namun ia turut melibatkan masyarakat Melayu dan Dayak di Daerah Lundu,” katanya.

Fasha turut melahirkan rasa bersyukur kerana perpaduan yang tinggi di Sarawak dan masyarakat berbilang bangsa dapat hidup dengan harmoni dan aman damai.

-RJ-

Tinggalkan komen anda