Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Perarakan Chap Goh Mei Pekan Siniawan 2025 Meriah

By 14 Februari 2025Februari 17th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/ Denis Etem (Sarawak)

BAU 14 Feb (MalaysiaAktif): Pekan Siniawan yang terkenal dengan Pasar Malam Siniawan tidak ketinggalan melaksanakan Perarakan Chap Goh Mei Pekan Siniawan 2025.

Menariknya perayaan warisan kebudayaan yang secara tradisinya terkenal dalam kalangan komuniti Cina ini diraikan bersama masyarakat Bidayuh dan Melayu di kawasan Serembu dalam suasana meriah dan ceria yang mencerminkan nilai toleransi dan muhibah.

Tinjauan mendapati acara yang diadakan setiap tahun bukan sahaja berjaya menarik perhatian penduduk tempatan malahan pengunjung dari luar seperti Sabah, Indonesia dan Singapura.

Bong Boon Kah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut.

Menurut Kapitan Kawasan Siniawan, Bong Boon Kah, 55, memberitahu jawatankuasa kerja program ini mendapat kerjasama yang baik daripada masyarakat, ibu bapa dan anak-anak mereka yang membuat persiapan rapi bagi memperlihatkan keunikan perayaan ini untuk tontotan setiap pengunjung yang datang.

“Kami telah membuat persiapan awal dan rapi bagi menjayakan program ini dengan menghias Pekan Siniawan dan rumah penduduk dengan tanglung-tanglung berwarna merah supaya kawasan ini menjadi cantik,” katanya semalam.

Tarian Naga membuktikan keupayaan generasi muda masyarakat Cina di kawasan Serembu komited mewarisi kebudayaan mereka.

Tambahnya, beliau bersyukur semuanya berjalan dengan meriah dan ramai pengunjung yang datang menyaksikannya bukan sahaja komuniti cina malahan rakan-rakan daripada masyarakat Bidayuh dan Melayu di kawasan Serembu ini juga hadir sama.

Katanya, ia menjadi kegembiraan buat mereka apabila dapat melihat wajah setiap pengunjung yang datang begitu ceria mengambil gambar dan video untuk menyebarluas semangat muhibah dan perpaduan serta nilai torelansi dan saling menghormati menerusi media sosial sambil menikmati makanan dan minuman yang dijual oleh peniaga tempatan.

-RJ-

Tinggalkan komen anda