Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Bengkel Pengaturcaraan Robotik Pupuk Minat Remaja

By 14 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz (Muallim)

TANJONG MALIM, 14 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 15 orang peserta berumur 9 hingga 15 tahun telah mengikuti Bengkel Asas Robotik dan Pengaturcaraan di Ruang Daya Cipta (RDC) Tanjung Malim di sini anjuran bersama Komuniti MADANI Behrang 2020 dan Mechabotics Enterprise, hari ini.

Taklimat pengaturcaan disampaikan oleh tenaga pengajar dari Mechabotics Enterprise.

Menurut tenaga pengajar yang juga Timbalan Ketua Komuniti MADANI Behrang 2020, Mohd Faizal Mohd Fadil, 41, pendedahan mengenai pengaturcaraan dan robotik ini telah meluas ke sekolah-sekolah di bandar besar namun masih perlahan di sekolah luar bandar kerana kekangan tenaga pengajar dan sambutan.

“Anak-anak pelajar perlu menambah ilmu pengetahuan terutama dalam bidang pengaturcaraan kerana bidang ini sedang berkembang pesat seiring teknologi agar mereka tidak ketinggalan,” ujarnya.

Para peserta Bengkel Asas Robotik dan Pengaturcaraan anjuran Komuniti MADANI Behrang 2020.

Bengkel yang dihadiri Ketua Komuniti MADANI Behrang 2020 Simachalam Kagra Ramulu turut mengadakan sesi perkongsian mengenai Bahaya Penipuan Siber oleh Pejabat Penerangan Daerah Muallim.

-ZS-

Tinggalkan komen anda