
Laporan/foto: Siti Rahimah Binti Ajis @ Abdul Ajis (Sarawak)
JULAU, 12 Feb (MalaysiaAktif) – Perpustakaan merupakan salah satu institusi yang telah ada selama berabad-abad.
Namun, dengan munculnya internet, ramai yang bertanya-tanya apakah perpustakaan masih relevan melahirkan masyarakat berilmu dan berwawasan terutamanya bagi komuniti yang berada di luar bandar seperti di Julau.

Vivian mempamerkan buku rujukan yang paling terkini.
Menurut Penyelia Perpustakaan Awam Julau Vivian Yolly, 36, komuniti setempat di sini dapat didedahkan dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Perpustakaan Awam Julau.
“Komuniti setempat di daerah Julau dapat memanfaatkan penggunaan fasiliti perpustakaan seperti meminjam buku setelah mendaftar ahli.

Sudut Bacaan /Ruang Bacaan di Perpustakaan Awam Julau.
“ Bagi remaja berusia 14 tahun ke bawah hanya RM3.00 manalaka RM6.00 bagi dewasa 15 tahun ke atas,” katanya kemarin.
Tambahnya, perpustakaan Julau juga masih berperanan menyediakan bahan buku rujukan yang terkini, tempat perbincangan dan tempat yang paling selesa untuk menimba ilmu meskipun era digital terus berkembang.
Waktu operasi Perpustakaan Awam Julau dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang kecuali Sabtu, Ahad dan cuti umum yang telah berkuatkuasa pada 2 Januari tahun lalu.
-RJ-