Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Program Mesra Madani Eratkan Anggota SPRM bersama Masyarakat

By 27 Februari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Sufe Fuddin (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 27 Feb (MalaysiaAktif) – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Cawangan Sungai Petani mengadakan Program Mesra Madani di perkarangan Pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani.

Pelepasan kayuhan basikal oleh Ahli Majlis Pembandaran Sungai Petani.

“Program Mesra Madani yang diadakan ini membuka peluang untuk lebih mesra bersama masyarakat di samping menangkis persepsi negatif terhadap pihak SPRM,” kata Pengarah SPRM Negeri Kedah Datuk Nizam Ismail, di sini pagi tadi.

Program yang diadakan seawal pukul 7.30 pagi itu dimulai dengan aktiviti senamrobik yang dihadiri oleh pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsan Convent Father Bery seterusnya diikuti pelepasan kayuhan basikal oleh Majlis Pembandaran Sungai Petani.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti kaunter saringan kesihatan, gerai jualan makanan, Program Jualan Rahmah, acara berkuda, memanah dan kaunter bergerak Majlis Pembandaran Sungai Petani.

Sesi bergambar.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Pembandaran Sungai Petani Tunku Iskandar Shah dan Pegawai Daerah Kuala Muda Azmin Zainal Abidin.

-ZS_

Tinggalkan komen anda