Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program Ziarah Kasih Komuniti Madani Selat Klang Zon 1 Penghubung Agensi Kerajaan dan Masyarakat

By 11 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan /foto: Rose Ryqal/Zai Zack (Klang)

KLANG, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Program Ziarah Kasih Komuniti Madani Selat Klang Zon 1 telah diadakan di Kampung Sungai Udang, Klang, semalam.

Penyelaras Parlimen Kapar menghulurkan sumbangan wang tunai kepada mangsa

Program ini diadakan bagi menziarahi mangsa kebakaran, Hashim Sapap,66, yang masih bersedih dengan kehilangan rumah kediaman keluarga mereka.

“Rumah ini kami suami isteri bina sendiri. Kami tidak mengupah kontraktor untuk bina rumah ini sebaliknya kami bina sendiri hasil titik peluh untuk keselesaan anak-anak,” ujarnya.

Sesi Ziarah Kasih ini turut dihadiri Pejabat Penerangan Daerah Klang, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Pejabat ZAKAT Klang, Penyelaras Parlimen Kapar dan Jawatankuasa Ketua Kampung Sungai Udang.

Sesi lawatan ke dalam rumah mangsa yang telah rentung dijilat api

Setiap agensi yang hadir turut menghulurkan sumbangan yang bersesuaian untuk keluarga mangsa yang mempunyai warga emas, anak sekolah dan golongan dewasa.

Anak mangsa, Hasliza Hashim, 32, mewakili kaum keluarganya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang hadir disamping memberi sumbangan serta meringankan beban keluarga dengan membantu membawa borang permohonan bantuan sehingga ke rumah mereka.

Usaha ini amat dialu-alukan memandangkan mereka masih trauma dengan keadaan yang berlaku dan sukar bergerak ke mana-mana.

Ketua Komuniti Selat Klang Zon 1, Abdullah Rani, 55, selaku penyelaras program akan memastikan setiap permohonan diperoleh oleh keluarga mangsa.

-AA-

Tinggalkan komen anda