Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Projek SejaTi MADANI Penternakan Ayam Organik Sokong Sosioekonomi Penduduk Tempatan

By 11 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Shuhaimi Ahmad

SETIU, 11 Feb (MalaysiaAktif) – Sejak 7 Januari lalu, satu inisiatif baru telah dilancarkan di Kampung Bukit Putera melalui projek SejaTi MADANI iaitu Penternakan Ayam Organik yang melibatkan 10 peserta daripada kalangan penduduk kampung yang kurang berkemampuan, dengan potensi membuka peluang pekerjaan dalam bidang penternakan ayam organik.

Ayam-ayam organik diberi makan daun ketum ayam atau nama saintifiknya mandre d aqua sebagai makanan tambahan yang menjadi sumber protein semulajadi

Ketua projek Bakhtiar Abdullah, 65, yang bertanggungjawab mengurus dan memberi latihan kepada peserta, menjelaskan bahawa projek ini bertujuan untuk meningkatkan sosioekonomi penduduk tempatan, memberikan peluang pekerjaan serta memperkenalkan kaedah penternakan ayam secara organik.

“Projek ini dimulakan dengan pemberian 300 ekor anak ayam kepada setiap peserta, di mana setiap peserta akan menguruskan sebuah kandang.

“Ayam-ayam ini akan dijual setelah mencapai usia 45 hari dengan harga RM10 per kilogram,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Ketua projek Bakhtiar Abdullah, 65, yang bertanggungjawab mengurus dan memberi latihan kepada para peserta

Seorang peserta Nik Zawawi Nik Ismail, 40, berkongsi pengalaman beliau mengenai perbezaan rasa ayam organik yang diternak berbanding ayam daging biasa.

“Ayam-ayam ini diberi makan daun ketum ayam atau nama saintifiknya mandre d aqua sebagai makanan tambahan yang menjadi sumber protein semulajadi yang membantu tumbesaran ayam dengan lebih cepat,” jelasnya.

Selain itu, peserta lain Mohd Roslan Mohd Nor, 48, berkongsi pengalaman memberi makan ayam dengan daun betik, yang turut meningkatkan khasiat dan kualiti daging ayam yang dihasilkan.

“Projek ini bukan sahaja menyediakan peluang pendapatan kepada penduduk tempatan tetapi juga memperkenal cara penternakan yang lebih sihat dan berkualiti selaras dengan objektif SejaTi MADANI untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda