
Laporan/foto: Stanley Clarance Eddie (Sarawak)
SRI AMAN, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Pejabat Penerangan Derah Sri Aman telah mengadakan sesi libat urus bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Baru Hillir Sri Aman dalam usaha menjalin kerjasama strategik demi manfaat Komuniti MADANI.

Sesi libat urus bersama Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Safariza Bujang (berbaju merah jambu).
Pegawai Penerangan Daerah Sri Aman Safariza Bujang, berkata Komuniti MADANI merupakan badan sukarela pelbagai kaum yang ditadbir urus oleh Jabatan Penerangan (JAPEN) bertujuan memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat.
“Komuniti MADANI berfungsi sebagai badan sukarela pelbagai kaum untuk memupuk nilai-nilai murni dan kenegaraan dalam kalangan rakyat melalui tiga teras utama iaitu membantu pemasaran maklumat kerajaan, mendigitalkan komuniti serta memupuk semangat perpaduan, patriotik dan kenegaraan.
“Usaha menyebar luas konsep dan hala tuju Malaysia Madani adalah tanggungjawab bersama dan Komuniti MADANI bersedia bergerak sebagai satu pasukan yang mendukung semangat perpaduan demi kesejahteraan negara,” katanya semalam.

Sesi penerangan peranan NADI oleh Abdul Hadi Abas Pengurus NADI Kampung Baru Hilir Sri Aman.
Dalam pada itu Pengurus Nadi Kampung Baru Hilir Sri Aman Abdul Hadi Abas, menyambut baik kehadiran delegasi Pejabat Penerangan Daerah Sri Aman dan ahli jawatankuasa Komuniti MADANI Kampung Melayu Simanggang dan Komuniti MADANI Kampung Sabu Simanggang dalam sesi libat tersebut.
Menurutnya, pendekatan baharu ini bukan sahaja untuk memperkasakan masyarakat tetapi juga memastikan setiap Komuniti MADANI mendapat ilmu dan maklumat untuk memenuhi keperluan unik setiap komuniti,” katanya.
-ZS-