Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Tunku Mahkota Kedah Berkenan Mengurniakan Sumbangan Back To School dan Ihya Ramadhan TASK 2025

By 18 Februari 2025Februari 28th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 18 Feb (MalaysiaAktif) – Tunku Mahkota Kedah, Tunku Shazuddin Ariff Sultan Salehuddin berkenan untuk mengurniakan sumbangan sempena Majlis Pengurniaan Sumbangan Back To School dan Ihya Ramadhan Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) Daerah Baling/Sik 2025, di sini pagi tadi.

Antara pelajar yang menerima sumbangan kurniakan Tunku Mahkota Kedah berupa baucar buku serta peralatan persekolahan

Seramai 300 penerima sumbangan keseluruhan terdiri daripada 150 penerima dari daerah Baling dan 150 penerima dari daerah Sik hadir dalam majlis ini.

150 pelajar masing-masing dari daerah Baling dan Sik menerima sumbangan Back To School berupa peralatan sekolah dan baucar buku bernilai RM100 manakala 150 penerima selebihnya juga dari daerah Baling dan Sik menerima sumbangan Ihya Ramadan berupa bakul makanan dan bantuan kewangan sebanyak RM200.

Menurut Ahli Lembaga Tabung Manah Sultan Kedah (TASK), Mohd Najib Abdullah dalam ucapannya menyatakan bahawa sumbangan ini bertujuan bagi membantu pelajar dan keluarga yang kurang berkemampuan dalam sesi persekolahan yang telah bermula serta bagi meraih keberkatan bulan Ramadan yang akan tiba.

“Inisiatif ini selari dengan misi Tabung Amanah Sultan Kedah (TASK) untuk terus menyokong golongan yang memerlukan serta memastikan pelajar kurang berkemampuan mempunyai akses yang sempurna dalam pembelajaran,” ujarnya.

Seorang waris penerima bantuan Back To School yang ditemui, Romzi Ahmad, 49, menyatakan beliau bersyukur kerana dua anaknya menjadi penerima sumbangan dalam majlis ini dan dengan bantuan ini sedikit sebanyak meringankan beban dalam perbelanjaan sekolah anak yang kini baru bermula.

Turut hadir dalam majlis ini Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Haji Norizan Khazali, Pegawai Daerah Baling Yazlan Sunardie Che Yahya , Pegawai Daerah Sik Faisal Rizal Mohamad, Pengurus Besar TASK Azhan Abd Hamid serta Pengerusi Kesatuan Penghulu Cawangan Negeri Kedah Jamani Jamaludin.

-AA-

Tinggalkan komen anda