Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Usahawan Kasut Pertama dari Sarawak

By 17 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto – Mohamad Farid Izwan/Suut Mohamad Musa (Sarawak)

KUCHING, 17 Jan (MalaysiaAktif) – Di sebalik kejayaan industri kasut tempatan, berdiri seorang wanita hebat dari Sarawak, Zurenawatte Zaidil, 51 tahun yang gigih membawa jenama kasut tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Puan Zurenawatte menunjukkan proses pembuatan kasut.

Bermula sebagai pembuat manik tanah liat, beliau kini mencipta sejarah sebagai pengeluar kasut pertama di Sarawak dengan impian besar untuk menembusi pasaran antarabangsa.

Perjalanan beliau tidak mudah, selepas menjalani kursus selama enam bulan di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS), beliau terpilih menyertai program lanjutan di Itali, tempat kelahiran jenama-jenama kasut terkenal dunia.

“Di Itali, kami berpeluang meneroka industri pembuatan yang jauh lebih maju berbanding di sini di mana pendekatan mereka yang berorientasikan kilang memanfaatkan teknologi canggih serta bahan dan proses pembuatan yang ketara berbeza.

Gambar Puan Zurenawatte menjalani kursus selama enam bulan di Itali.

“Pengalaman ini bukan sahaja membuka mata tetapi juga meninggalkan kesan mendalam serta memberi inspirasi yang luar biasa,” katanya.

Di sana, beliau berpeluang menimba ilmu daripada pereka kasut tersohor, termasuk Datuk Jimmy Choo, yang berkongsi rahsia seni pembuatan kasut berkualiti tinggi.

Pada Januari 2025, Zurenawatte melancarkan koleksi kasut pertamanya, dan menjelang Februari, produk-produk beliau mula dipasarkan.

Antara koleksi kasut Puan Zurenawatte.

Dengan ketelitian dalam reka bentuk serta penggunaan bahan berkualiti, beliau yakin kasut tempatan mampu bersaing di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Jangan takut mencuba sesuatu yang baharu dan yakinlah dengan diri sendiri, kerana setiap usaha pasti akan membuahkan hasil,” katanya lagi semalam.

-RJ-

Tinggalkan komen anda