Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

122 Asnaf, Saudara Baru dan Fakir Miskin Terima Agihan Bakul Makanan

By 6 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 6 Mac (MalaysiaAktif) – Pejabat Agama Daerah Dungun dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Daerah Dungun, telah menganjurkan Program Agihan Bakul Makanan kepada 122 orang saudara baru, asnaf dan fakir miskin bertempat di Dewan Utama Al-Ghazali, Pejabat Agama Daerah Dungun, di sini semalam.

Pegawai Agama Daerah Dungun menyampaikan ucapan di Program Agihan Bakul Makanan

Seramai 50 orang penerima terdiri daripada golongan saudara baru, manakala 72 orang daripada kalangan asnaf dan fakir miskin terpilih menerima sumbangan bakul makanan tajaan Istana Syarqiyyah.

Pegawai Agama Daerah Dungun Ustaz Haji Ahadi Othman, berharap agar sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban hidup penerima bantuan yang memerlukan dan turut mengucapkan terima kasih kepada Istana Syarqiyyah atas tajaan bakul makanan ini.

Antara penerima sumbangan yang hadir

“Program ini adalah inisiatif kerjasama antara Pejabat Agama Daerah Dungun dan PERKIM Cawangan Daerah Dungun atas keprihatinan terhadap golongan asnaf dan fakir miskin,” katanya ketika berucap pada program tersebut.

Pengerusi PERKIM Cawangan Daerah Dungun, Raja Ibrahim Raja Manis, turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam program ini.

“Usaha berterusan antara Pejabat Agama Daerah Dungun dan PERKIM diharapkan dapat memberi sinar kegembiraan kepada golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Penerangan Daerah Dungun Aneta Ahmad, yang juga merupakan pimpinan PERKIM Cawangan Daerah Dungun, serta Penolong Pegawai Agama Daerah Dungun Ahmad Shahrir Basri Mohd Suhaimi.

Bakul makanan tersebut mengandungi barangan keperluan asas seperti beras, minyak, biskut, sardin dan gula bagi meringankan beban kehidupan golongan yang kurang bernasib baik dalam menyambut bulan Ramadan.

-AA-

Tinggalkan komen anda