Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

ETS Pergi dan Balik dari Stesen Segamat, Mula Beroperasi

By 15 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/KTM Berhad (Johor)

SEGAMAT, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengumumkan perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) mula beroperasi pergi dan balik dari Stesen Segamat, sekali gus memperluaskan rangkaian rel negara.

Lanjutan perkhidmatan ETS di Stesen Segamat mencerminkan komitmen KTMB memberikan kemudahan perjalanan rel moden dan lancar kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Perjalanan sulung tren berkenaan telah berlepas ke Stesen Padang Besar pukul 7.55 pagi semalam dan tren dari Stesen Butterworth tiba pada pukul 2.57 petang hari yang sama.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, berkata KTMB memperkenalkan perkhidmatan ETS ke Segamat bagi memberikan kemudahan perjalanan rel moden dan lancar kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

“Lanjutan perkhidmatan ini mencerminkan komitmen KTMB dalam meningkatkan pengangkutan awam serta menyediakan pilihan perjalanan yang lebih lestari.

“Laluan baharu ini juga dijangka merancakkan aktiviti ekonomi di Segamat dengan meningkatkan aksesibiliti dan menarik lebih ramai pelawat ke bandar ini,” katanya.

KTMB turut menawarkan promosi khas diskaun RM10 untuk beberapa perkhidmatan tren terpilih kepada para pengunjung yang hadir ke Stesen Segamat, semalam.

Dalam pada itu, KTMB turut menawarkan promosi khas diskaun RM10 untuk beberapa perkhidmatan tren terpilih kepada para pengunjung yang hadir ke Stesen Segamat, semalam.

KTMB mengalu-alukan orang ramai untuk menaiki perkhidmatan ETS dari Stesen Segamat dengan membuat pembelian tiket lebih awal menerusi aplikasi KITS, laman sesawang rasmi KTMB di www.ktmb.com.my atau di mesin kios KTMB.

-ZS-

Tinggalkan komen anda