Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Hari Polis ke-218: PDRM Perkukuh Hubungan dengan Masyarakat

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar

GUA MUSANG, 26 Mac (MalaysiaAktif) – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyambut Hari Polis ke-218 dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’, yang diraikan serentak di seluruh negara termasuk di peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Kerjasama erat antara polis dan masyarakat adalah elemen penting dalam memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara.

Tuan Nur Aimuni (kanan) menerima sijil penghargaan daripada Sik Choon Foo.

“PDRM perlu memperkukuhkan hubungan baik dan kolaborasi bersama masyarakat serta agensi bagi memastikan keberkesanan peranan kepolisan,” kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Sik Choon Foo di Perhimpunan Sempena Peringatan Hari Polis ke-218 di IPD Gua Musang, semalam.

Sebagai penghargaan terhadap dedikasi dan sumbangan mereka,

Seramai 25 pegawai serta anggota polis di daerah ini menerima sijil penghargaan atas kecemerlangan dalam perkhidmatan.

Selain itu, 33 individu lain yang terdiri daripada wakil agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), tokoh korporat, orang awam, syarikat swasta dan media turut diberikan pengiktirafan atas sokongan mereka terhadap PDRM.

Anggota PDRM IPD Gua Musang yang hadir.

Seorang penerima penghargaan, Tuan Nur Aimuni Tuan Abdullah dari Media Kosmo, meluahkan rasa terharu atas pengiktirafan yang diterimanya.

“Saya tidak menyangka akan menerima sijil penghargaan ini. Namun, saya akan terus bekerjasama dengan PDRM dalam menyebarkan maklumat berkaitan tugas kepolisan,” katanya.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, ADUN Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani serta Ketua-Ketua Jabatan Daerah Gua Musang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda