Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Jualan Khas Semarak Syawal Sempena Aidilfitri

By 27 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

ARAU, 27 Mac (Malaysiaaktif) – Bagi memudahkan pengguna mendapatkan barangan keperluan dengan harga berpatutan untuk persediaan sambutan Aidilfitri, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Perlis akan menganjurkan Jualan Khas Semarak Syawal 1446H/2025 melibatkan salah satu outlet pemasarannya iaitu Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Perlis.

Jualan Khas Semarak Syawal 1446H/2025 melibatkan salah satu outlet pemasarannya iaitu Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Perlis.

Menurut Pengarah FAMA Negeri Perlis Mohd Anzara Azizan, nilai jualan yang disasarkan pada program Sabtu ini ialah sebanyak RM40,000 melibatkan penyertaan 50 orang usahawan.

“Bekalan yang disediakan dalam program ini ialah sebanyak 9.6 metrik tan melibatkan komoditi daging lembu tempatan sebanyak 0.6 metrik tan ataupun bersamaan dengan lima ekor lembu serta lima ratus ekor ayam dan beberapa jualan lain iaitu, seperti hasil laut ikan segar sebanyak 3.0 metrik tan, sayur dan buah-buahan sebanyak 2.0 metrik tan dan 3.0 metrik tan beras putih tempatan turut di sediakan.

“Kita menjangkakan program ini akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengguna berikutan tawaran harga 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran,” katanya.

Jualan Khas Semarak Syawal 1446H/2025 melibatkan salah satu outlet pemasarannya iaitu Pasar Tani Kekal Simpang Empat, Perlis.

Sementara itu, sepanjang bulan Ramadan, Program Sentuhan Kasih Ramadan FAMA yang telah dilaksanakan sebanyak enam kali di kedua-dua lokasi Bazar Ramadan Tani FAMA.

Program ini telah memberi manfaat kepada 300 orang anak kariah dan asnaf daripada lapan buah masjid melalui sumbangan kit sentuhan kasih berupa makanan dan minuman serta barangan keperluan harian.

-ZS-

Tinggalkan komen anda