
Laporan/foto: Muhammad Aidil Md Lazim (Kulai)
KULAI, 27 Mac (MalaysiaAktif) – Majlis Penyerahan Sumbangan Imarah Ramadan Masjid Kariah Negeri Johor Tahun 2025 bagi daerah Kulai berlangsung dengan penuh keberkatan diadakan bagi menyampaikan bantuan khas kepada masjid dan surau kariah sebagai persediaan menyambut bulan Ramadan yang bakal tiba, di sini hari ini.

Keseluruhan penerima sepanjang Majlis Penyerahan Sumbangan Imarah Ramadan Majid Kariah Negeri Johor Tahun 2025 (Daerah Kulai).
Imam Daerah Kulai Abdul Manaf Abdul Wahab, dalam ucapannya menegaskan kepentingan sumbangan ini dalam memperkasa peranan masjid dan surau sebagai pusat ibadah serta kebajikan masyarakat sepanjang Ramadan.
“Sumbangan ini bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga satu bentuk sokongan moral kepada seluruh pegawai dan jawatankuasa masjid serta surau dalam memastikan program keagamaan berjalan lancar sepanjang Ramadan,” katanya.
Penyerahan bantuan secara rasmi YANG disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senai Wong Bor Yang dan ADUN Bukit Batu Arthur Chiong Sen Sern dijangka dapat membantu pengurusan masjid dan surau dalam melaksanakan pelbagai program keagamaan sepanjang bulan mulia ini.

Pengerusi-pengerusi dan Imam-Imam Daerah Kulai yang hadir pada Majlis Penyerahan Sumbangan Imarah Ramadan Masjid Kariah Negeri Johor Tahun 2025 (Daerah Kulai).
Sebagai simbolik penyerahan bantuan, satu gimik khas turut diadakan bagi menyampaikan Bantuan One-Off Kerajaan Negeri kepada pegawai masjid dan surau kariah.
Sumbangan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti Islam di daerah Kulai dalam menghidupkan suasana Ramadan dengan penuh keinsafan dan keberkatan.
-ZS-