Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kempen Beg2Bekas Pupuk Kesedaran Hijau

By 5 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ikhwan Fahim/Muhammad Hariz (Kampar)

KAMPAR, 5 Mac (MalaysiaAktif) – Kempen Beg2Bekas menjadi salah satu inisiatif terbaik dalam menyokong bagi memupuk kesedaran hijau dan kebersihan alam sekitar.

Kempen ini telah dilancarkan dengan penyerahan apron dan topi kepada peniaga, pengedaran beg kitar semula serta buah kurma kepada pengunjung di Bazar Ramadan Dataran Bandar Baru Kampar, di sini semalam.

Semua yang terlibat dalam pelancaran kempen Beg2Bekas di Bazar Ramadan Daerah Kampar.

Kempen ini telah memasuki tahun kedua pelaksanaannya dan akan diteruskan di beberapa lokasi lain antaranya Bazar Ramadan Kuala Dipang, Dataran Sri Malim, Malim Nawar dan Bazar Ramadan Gopeng.

Peniaga Siti Aisyah Abdul Rahman, 35, meluahkan rasa bersyukur atas pemberian apron dan topi yang menjadi sebahagian daripada kempen ini.

“Sebagai peniaga, saya amat menghargai inisiatif ini kerana ia bukan sahaja membantu kami menjaga kebersihan dan penampilan semasa berniaga, tetapi juga meningkatkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan dalam persekitaran bazar.

“Saya berharap kempen ini diteruskan pada masa akan datang kerana ia memberi manfaat besar kepada kami dan para pengunjung,” katanya.

Edaran beg kitar semula kepada pengunjung.

Sementara itu, pengunjung Ismail Mahmud, 48, turut menyambut baik usaha yang dijalankan dan menyatakan rasa lega dengan pelaksanaan inisiatif ini.

“Dengan adanya kempen seperti ini, saya rasa lebih selesa berkunjung ke bazar kerana suasananya lebih teratur dan bersih malah saya berharap lebih banyak program sebegini diperkenalkan pada masa akan datang,” ujarnya ketika ditemu ramah.

Hadir sama Orang Besar Jajahan Kampar Toh Sedawa Raja Datuk Abdul Talib Abdul Fahmi, Ahli Dewan Undangan Negeri Keranji Angeline Koo Haai Yen, Pegawai Daerah Kampar Nazrul Fahmi Mohamad, Yang Dipertua Majlis Daerah Kampar Ahmad Suqairy Alias dan Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Mohamad Nazri Daud.

-ZS-

Tinggalkan komen anda