Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kerajaan Negeri Komited Perkukuh Sektor Pertanian, Salur RM5.68 Juta Bantu Pesawah

By 14 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin/Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI ACHEH, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Pulau Pinang terus memperkukuh komitmen dalam membantu golongan pesawah dan sektor pertanian bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan yang mampan.

Penyampaian sumbangan bakul makanan kepada penerima.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berkata sektor pertanian merupakan elemen penting yang menjadi keutamaan kerajaan negeri khususnya dalam membantu golongan pesawah menghadapi pelbagai cabaran.

“Sejumlah RM4.93 juta telah disalurkan melalui Jabatan Pertanian pada tahun 2024, ditambah dengan peruntukan tambahan RM750 ribu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM5.68 juta.

“Ini membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam memastikan kelangsungan bekalan makanan terjamin,” katanya ketika ditemui di Majlis Iftar Rakyat Bersama Pesawah yang berlangsung di PPK Sungai Acheh, semalam.

Chow berharap agar gabungan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dapat memberikan impak positif dalam mendepani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pesawah dan petani.

Diantara tetamu jemputan yang hadir.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh Datuk Rashidi Zinol serta Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Fahmi Zainol.

Pada majlis tersebut, Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pesawah sebagai tanda penghargaan dan sokongan kepada golongan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda