Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pelajar Bukan Islam Seronok Sertai Iftar Perdana Madani Kolej Matrikulasi Pahang

By 14 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Kolej Matrikulasi Pahang

KUANTAN, 14 Mac (Malaysiaaktif) – Majlis Iftar Perdana yang dianjurkan oleh Kolej Matrikulasi Pahang memberi pengalaman berbuka puasa kepada pelajar bukan Islam di kolej berkenaan.

Para pelajar tidak melepaskan peluang berbuka bersama.

Salah seorang pelajar Shum Zi Ning, 19, berkongsikan pengalaman beliau berbuka puasa bersama rakan-rakan Muslim dan ia merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan.

“Saya dapat tengok kawan-kawan saya berpuasa dan apabila dapat berbuka bersama, saya rasa begitu seronok,” katanya yang turut teruja kerana turut berpeluang mendengar Ceramah Malaysia MADANI di surau kolej berkenaan sempena Seminar Kenegaraan Malaysia MADANI Kolej Matrikulasi Pahang, di sini kelmarin.

Pengarah Kolej Matrikulasi Pahang Latiza A Latif, berkata program ini bukan sekadar majlis berbuka puasa tetapi lebih daripada itu.

Tradisi berbuka puasa ini dapat mengeratkan ukhwah dan mengangkat nilai perpaduan dalam kalangan pelajar dan tenaga pengajar.

“Penganjuran program ini juga merupakan medan untuk kita mengukuhkan ukhuwah, menghidupkan budaya ilmu dan menghayati kebersamaan dalam beribadah serta melakukan kebaikan sepanjang Ramadan.

“Secara tidak langsung melalui aktiviti ini kita dapat menyuburkan nilai perpaduan, kerja berpasukan dan rasa tanggungjawab dalam komuniti kita,” katanya.

Menurutnya lagi, antara aktiviti yang dilakukan sempena program iftar ini adalah rewang dan gotong-royong memasak bubur ayam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda