Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Kerian Terima RM13.4j Geran SejaTi MADANI

By 13 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Marshita/Nur Amielia (Kerian)

BAGAN SERAI, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Hampir 2,000 orang membanjiri perkarangan Sekolah Kebangsaan Dato’ Alauddin, Selinsing di sini kelmarin bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI Peringkat Negeri Perak.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkesempatan menyampaikan Geran Program SejaTi MADANI bernilai RM13.4 juta kepada Pegawai Daerah Kerian Saidi Shaari, sebagai inisiatif memperkasakan pembangunan sosial dan ekonomi masyarakat.

Penerima sumbangan duit raya.

Anwar Ibrahim menegaskan bahawa tohmahan seolah-olah beliau berdendam adalah tidak betul dan ingin terus berkhidmat untuk rakyat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Saya, Perdana Menteri, tanggungjawab saya nak jaga duit rakyat, balik kepada rakyat, RM100 ribu beri kepada satu kampung untuk buat apa-apa projek yang diputuskan kerana kita ada upaya kalau kita tidak curi dan sakau wang rakyat,” ujarnya.

Tambahnya, beliau ingin memastikan rakyat mendapat pulangan hasil dari pelaksanaan Projek SejaTi MADANI yang telah menerima peruntukan RM100 ribu bagi setiap kampung.

Selain itu, beliau turut menyantuni anak-anak yatim dan menyampaikan sumbangan duit raya kepada mereka sebagai tanda prihatin terhadap golongan memerlukan.

Antara produk SejaTi MADANI yang dipamerkan.

Penerima sumbangan duit raya Daniel Hakim, 11, melahirkan rasa teruja kerana dapat berjumpa dengan pemimpin tertinggi negara dan menerima sumbangan duit raya.

“Ini kali pertama saya berbuka puasa dengan Perdana Menteri, saya berasa sangat gembira dan terima kasih kerana sudi berikan duit raya,” katanya.

Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak Datuk Mohammad Zahir Datuk Abdul Khalid, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak.

-ZS-

Tinggalkan komen anda