Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Komuniti Madani Sandakan Perkukuh Peranan Sebagai Penghubung Maklumat Kerajaan

By 1 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Abdul Aziz Abdul Karim/Charlane Aloysius Sitaim (Sandakan)

SANDAKAN, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Komuniti MADANI Daerah Sandakan terus diperkasa sebagai platform akar umbi dalam menyampaikan maklumat berkaitan dasar kerajaan serta menggilap kemahiran komunikasi dan pengucapan awam dalam kalangan ahlinya.

Pegawai Penerangan Daerah Sandakan, Abdul Aziz Abdul Karim berkata, Komuniti MADANI berperanan sebagai duta mastyarakat dalam menjelaskan dasar kerajaan sekali gus memastikan penyampaian maklumat lebih berkesan dan menyeluruh.

Aziz ketika berucap merasmikan program
Jiwa@Komuniti Madani Sembang Santai, Daerah Sandakan.

“Peranan Komuniti Madani bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi juga membentuk kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai dasar serta inisiatif kerajaan yang memberi manfaat kepada mereka.

“Komuniti Madani diharap dapat menjadi pemangkin dalam membentuk masyarakat yang lebih berpengetahuan, bertanggungjawab serta bersatu padu, selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memperkukuh pembangunan negara,” katanya ketika merasmikan program Jiwa@Komuniti Madani Sembang Santai di sini, pada Khamis.

Untuk makluman, sebanyak 21 Komuniti MADANI telah ditubuhkan di daerah Sandakan, dengan keahlian merangkumi pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang.

Suasana program yang dihadiri 150 peserta ahli komuniti Madani sekitar Sandakan di sini kemarin.

Program yang dihadiri 150 peserta ini turut dijadikan sebagai platform untuk mengadakan mesyuarat berkala bagi menilai pencapaian utama (KPI) serta merancang aktiviti bagi tahun 2025.

Selain itu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sandakan turut menyampaikan taklimat mengenai peranan mereka dalam membantu ahli Komuniti Madani menguasai kemahiran komputer dan media sosial secara bijak, selaras dengan keperluan era digital.

-RJ-

Tinggalkan komen anda