Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

OSKA Catat 21 Notis Kesalahan di Bawah Akta 852

By 13 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 13 Mac (Malaysiaaktif) – 21 notis kesalahan di bawah Akta 852 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Labuan semasa Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Undang-Undang Kesihatan Awam (OSKA) yang dilaksanakan dari 10 hingga 12 Mac lalu.

Seorang pelanggan premis makanan didapati melanggar Akta 852.

Menurut satu kenyataan Jabatan Kesihatan Labuan semalam, 75 buah premis perniagaan diperiksa dengan nilaian notis dikeluarkan sebanyak RM5,250.00 di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

“Jabatan Kesihatan Negeri memberi penekanan terhadap Akta 852 secara penguatkuasaan pendidikan ‘Tanda Amaran Larangan Merokok’ di semua 28 tempat dilarang merokok termasuk di premis yang dikategorikan pusat hiburan yang akan berkuatkuasa sepenuhnya pada 1 April 2025.

“Tidak mempamerkan suatu tanda amaran larangan merokok dalam bentuk sebagaimana yang ditetapkan adalah menjadi satu kesalahan dibawah Seksyen 18.(1)(a), Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dan boleh dikompaun sebanyak RM250,” menurut kenyataan tersebut.

Pegawai Penguatkuasa Jabatan Kesihatan Labuan sedang memberi advokasi dengan pengendali premis hiburan.

Selain Akta 852, OSKA turut melibatkan pematuhan Akta Makanan 1983 (Akta 281), Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) dan Akta Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dengan 124 premis telah diperiksa serta sebanyak RM 5500 nilaian notis dikeluarkan.

Menurut kenyata itu lagi, operasi kali ini turut dijalankan bersama Jabatan Pelesenan, Jabatan Penguat Kuasa dan Unit Kesihatan Perbadanan Labuan serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

-ZS-

Tinggalkan komen anda