Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Rezeki Ramadan, Moreh kepada Pekerja Sesi Malam

By 13 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot/Mohd Hafiz Aziz (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 13 Mac (MalaysiaAktif) – Sempena bulan Ramadan, Jawatankuasa Komuniti Madani Kampung Bukit Berangan, Tepoh, mengambil langkah istimewa dengan mengagihkan makanan moreh kepada pekerja keselamatan yang bertugas di sekolah-sekolah sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, semalam.

Hafiz Aziz (baju hijau) bersama pekerja keselamatan semasa agihan moreh

Ketua Komuniti Kampung Bukit Berangan, Hafiz Aziz, menyatakan bahawa program ini bertujuan untuk memberi penghargaan kepada para pekerja keselamatan yang sentiasa berkorban tenaga menjaga keselamatan sekolah dan kawasan sekitarnya sepanjang malam.

Pelbagai juadah diagihkan kepada pekerja sesi malam

“Program ini adalah salah satu inisiatif komuniti dalam meraikan bulan Ramadan dengan amalan bersedekah dengan memberi penghargaan kepada mereka yang berusaha keras demi keselamatan komuniti.

“Sumbangan makanan moreh ini, diharapkan mereka dapat merasai keceriaan dan keberkatan Ramadan,” katanya ketika ditemui selepas program agihan di Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri.

Para pekerja keselamatan yang menerima sumbangan tersebut meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada Komuniti Madani Kampung Bukit Berangan atas keprihatinan mereka.

Mereka turut menghargai usaha pihak penganjur yang memastikan mereka turut merasa nikmat bulan yang mulia ini, walaupun sedang bertugas pada waktu malam.

Program ini mendapat sokongan penuh dari penduduk setempat dan diharapkan akan terus diteruskan pada masa hadapan.

Ia menjadi simbol keprihatinan dan kasih sayang dalam membina komuniti yang lebih mesra dan peduli antara satu sama lain.

-AA-

Tinggalkan komen anda