Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Peniaga Hamper Aidilfitri Mula Sibuk Siapkan Tempahan

By 1 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Radiah Rahim (Pahang)

KUANTAN, 17 Mac (MalaysiaAktif) – Peniaga hamper Aidilfitri mulai sibuk menyiapkan tempahan bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Rosmaliza Morad, 39, ketika ditemui Malaysia Aktif, berkata kebiasaannya pada hari ketiga Ramadan beliau dan pekerja sudah mula sibuk menyiapkan tempahan hamper hari raya.

Antara kuih yang dijual dan turut dijadikan hamper.

“Alhamdulillah, seperti tahun-tahun sebelumnya, tahun ini saya menerima tempahan daripada agensi-agensi kerajaan dan swasta selain daripada pelanggan tetap yang ada,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun keuntungan yang diperolehi tidak besar, namun beliau merasa seronok dan puas hati kerana dapat membantu peniaga-peniaga kecil yang lain.

“Saya ambil kuih-kuih raya daripada peniaga-peniaga kecil di sekitar Kuantan, mereka merupakan orang-orang lama yang membuat kuih dan biskut raya seperti kuih kapit, biskut mazola, putu kacang, jadi kita dapat merasa air tangan orang lama selain dapat membantu mereka berniaga,” katanya.

Hamper Aidilfitri yang siap digubah.

Mengikut peredaran zaman, Rosmaliza juga sering membuat jualan dalam talian melalui media sosial yang turut membantu meningkatkan jualannya.

“Saya juga promosikan hamper-hamper saya ini di Tik Tok dan alhamdulillah ia turut mendapat sambutan,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda