Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

PPK Bandar Baharu Jadi Hub Pengedaran Beras Putih Tempatan

By 3 Mac 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hasmah Hanafi/Aidil Azhar (Kedah)

BANDAR BAHARU, 3 Mac (MalaysiaAktif) – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Bandar Baharu telah diumumkan sebagai salah satu daripada 36 hub pengedaran Beras Putih Tempatan, dengan penerimaan sebanyak 3,000 beg beras untuk diedarkan kepada orang ramai serta kawasan sekitar.

Yusuf (kiri) tidak melepaskan peluang untuk datang sendiri di PPK Bandar Baharu untuk mendapatkan beras putih tempatan

Menurut kakitangan PPK Bandar Baharu, Mohd Zahid Abdul Razak, pusat ini memainkan peranan penting dalam memastikan bekalan beras putih tempatan dapat diagihkan dengan lancar ke seluruh PPK di kawasan Kulim Bandar Baharu.

“Sebagai hub pengedaran, beras ini akan dijual kepada orang ramai dengan had pembelian maksimum dua beg setiap individu bagi memastikan lebih ramai pengguna dapat menikmati bekalan yang disediakan,” katanya.

Pengagihan BPT hanya diberikan dua kampit setiap seorang dan dapat membantu lebih ramai untuk mendapatkannya

Sementara itu, Yusuf Sudin, 57, melahirkan rasa syukur atas inisiatif kerajaan dalam menunaikan janji untuk mengedarkan beras putih tempatan mulai Mac.

“Dengan adanya bekalan ini, sedikit sebanyak ia dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan keluarga,” ujarnya.

Penganjuran pengedaran beras putih tempatan ini dijangka memberi manfaat kepada penduduk setempat serta membantu menstabilkan bekalan beras tempatan di pasaran.

-AA-

Tinggalkan komen anda