
Laporan/Foto : Abdul Latip Shamsuddin (Sarawak)
Samarahan, 14 Mac (MalaysiaAktif) – Program Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk Ramadan Mubarak anjuran Jawatankuasa Penyelaras Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Kota Samarahan yang telah diadakan adalah pendekatan untuk mengeratkan silaturrahim antara semua kakitangan yang terdapat di bangunan tersebut.

Acara gotong royong memasak bubur lambuk seawal jam 8.30 pagi.
Program tersebut merupakan program tahunan setiap kali tiba bulan Ramadan Al-Mubarak yang mana melibatkan 12 jabatan/agensi yang terdapat di Bangunan Wisma Persekutuan di sini.
Seramai kira-kira 50 orang turut serta dalam program gotong-royong tersebut yang berlangsung kemarin seawal jam 8.30 pagi sehingga selesai jam 12.30 tengahari.
Pada awalnya, aktiviti dimulakan dengan menyediakan ramuan bubur lambuk pada awal pagi.
Program ini dilihat berjaya mencapai objektif yang disasarkan iaitu menjadikan acara memasak bubur lambuk sebagai satu program untuk memupuk semangat permuafakatan dan muhibah.
Majlis Simbolik Pengagihan Bubur Lambur bermula jam 2.30 petang disempurnakan oleh Muhamad Asyraf Mohd Nor selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bangunan Gunasama Wisma Persekutuan Kota Samarahan.
Kemudian bungkusan bubur lambuk diagihkan kepada semua kakitangan.

Bubur lambuk diagihkan kepada semua kakitangan di Bangunan Wisma Persekutuan serta jabatan/agensi yang berdekatan dengan bangunan tersebut.
“Program ini diadakan bertujuan mengimarahkan lagi Ramadan serta sebagai salah satu usaha mengukuhkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturahim dikalangan semua warga wisma persekutuan,” katanya kemarin.
Sebanyak 300 bekas bubur lambuk diagihkan kepada semua kakitangan yang terdapat di Bangunan Wisma Persekutuan Kota Samarahan.
Malah, ia turut diagihkan juga kepada jabatan/agensi yang berdekatan dengan bangunan tersebut.
-RJ-