
Laporan/foto: Sufian Rashid/Zaidi Muslimin
BUKIT MERTAJAM, 16 Mac (MalaysiaAktif) – Lebih 1,000 belia serta penduduk setempat meriahkan Majlis Berbuka Puasa Sempena Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, di sini semalam.

Tazkirah disampaikan oleh Ustaz Hafifi Don.
Program ini bertujuan menyemarakkan bulan Ramadan dalam kalangan belia melalui aktiviti keagamaan dan kerohanian.
Selain menggalakkan pemahaman serta pengamalan al-Quran dan sunah dalam kehidupan seharian, ia juga memberi peluang kepada belia untuk terlibat secara aktif dalam program kebajikan dan keagamaan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang Daniel Gooi Zi Sen menekankan kepentingan program sebegini dalam membentuk jati diri belia.
“Belia adalah aset penting negara dan program sebegini bukan sahaja memperkukuh nilai spiritual, tetapi juga melahirkan belia yang bertanggungjawab dan aktif dalam masyarakat.

Barisan tetamu kehormat yang turut hadir.
“Saya berharap ia dapat diteruskan dengan pengisian yang lebih menarik dan bermanfaat di masa hadapan,” katanya ketika menyempurnakan majlis perasmian.
Turut hadir Pengerusi GIATMARA Datuk Musa Sheikh Fadzir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Pulau Pinang Mozakir Buyong Mokhtar serta Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) Mohd Hilmi Elias.
-ZS-