
Laporan/foto: Anuar Che Amat
ARAU, 16 Mac (Malaysiaaktif) – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) telah menyalurkan dividen tahun 2024 kepada 1,776 orang peserta Program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) berjumlah RM10.99 juta, dengan jumlah purata setiap penerima memperoleh RM5,061 per hektar.

Zahid menyantuni anak-anak yatim.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh RISDA, kelmarin nilai dividen ini meningkat 69 peratus berbanding jumlah tahun lalu yang bernilai RM6.49 juta.
“la merupakan cerminan kepada usaha proaktif KKDW dan RISDA dalam memastikan pulangan terbaik dinikmati oleh pekebun kecil,” menurut kenyataan itu.
Majlis anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dengan kerjasama RISDA, di sini kelmarin merupakan acara tahunan KKDW, dan negeri Perlis menjadi destinasi terakhir daripada lima lokasi program pada tahun ini.
Penyampaian dividen telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Kenyataan tersebut itu turut memaklumkan RM3.7 juta diperuntukkan bagi program pembangunan RISDA Perlis pada tahun ini yang bertujuan memastikan pekebun kecil di negeri itu diperkasakan menerusi program pembangunan strategik yang dirangka.
-ZS-