
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/Shuk (Pekan)
PEKAN, 23 Mac (MalaysiaAktif ) – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Program Menuai Padi Special Variety MRQ103 di lot sawah Smart SBB Ala Sekinchan di Kampung Permatang Durian, Merchong di sini, semalam.

Baginda melihat proses penuaian padi di tebing sawah
Keberangkatan Baginda bertujuan untuk menyaksikan sendiri penuaian hasil Padi Special Variety MRQ103 juga dikenali sebagai MARIA (MardiRiceAroma) dibangunkan oleh MARDI untuk memenuhi permintaan beras berkualiti tinggi yang mana inilah kali pertama padi jenis ini ditanam dan dituai di bumi Pahang.
Beras yang dihasilkan dari padi model terkini ini memiliki tekstur yang istimewa iaitu panjang dan wangi serta mempunyai indeks glisemik yang rendah, sesuai untuk pesakit diabetes.

Baginda mengambil kesempatan beramah mesra dengan anak-anak kampung
Menurut pemilik lot yang terpilih untuk Fasa 1 Pilot Project Smart SBB Ala Sekinchan Nor Fatimah Shamsudin, 48, beliau amat gembira kerana termasuk dalam lakaran sejarah.
“Alhamdulillah, saya dapat menyaksikan padi yang ditanam di lot sawah saya yang seluas 1.95 ekar ini dituai dan paling istimewa tuaian pertama projek ini disaksikan oleh Tengku Mahkota Pahang,” katanya ketika ditemui Malaysiaaktif.
Fasa 2 seluas 45.92 ekar melibatkan 8 peserta bakal dijayakan tidak lama lagi.
-AA-