Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tengku Mahkota Pahang Berkenan Rasmi Masjid UMPSA

By 6 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 19 Mac (MalaysiaAktif) – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan merasmikan dan menamakan masjid baru Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah kepada Masjid Al-Jazari yang merupakan seorang tokoh kejuruteraan Islam.

Baginda memasyhurkan nama baru masjid yang dikenali sebagai Masjid Al-Jazari

Menurut Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) Profesor Dr. Yatimah Alias, keberangkatan Tengku Mahkota Pahang mencerminkan keprihatinan dan kecintaan Baginda terhadap perkembangan pendidikan serta martabat syiar Islam di Negeri Pahang.

Baginda mengambil kesempatan beramah mesra bersama pelajar asing yang turut hadir

“Masjid ini dibina atas tanah seluas 7.5 ekar yang dapat menampung sehingga 3,500 jemaah dalam satu masa ini telah dibina pada Mei 2017 dan siap pada 18 Mei 2024.

“Selain ruang solat utama, masjid ini turut lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti bilik jenazah, bilik seminar, pejabat Pusat Islam serta kawasan parkir yang luas,” katanya.

Majlis diakhiri dengan program berbuka puasa bersama hampir 2,000 warga UMPSA bersama-sama Tengku Mahkota Pahang.

-AA-

Tinggalkan komen anda