Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Insiden Putra Heights: Sumbangan Telco Selari Nilai Ihsan Kerajaan MADANI

By 4 hari yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zaidy Salim/Rahman Ishak (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 9 Apr (MalaysiaAktif) – Kerajaan mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (telco) dalam menawarkan bantuan dan sokongan pemulihan kepada mangsa-mangsa yang terkesan berikutan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights bagi meringankan beban kewangan mereka.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, sumbangan ini membuktikan keprihatinan syarikat telco terhadap kesejahteraan pelanggan yang terkesan, selari dengan nilai ihsan dalam Kerajaan MADANI yang menitikberatkan soal kebajikan rakyat.

“Antara bantuan dan sokongan pemulihan yang diberikan adalah pengecualian bayaran perkhidmatan (prabayar dan pascabayar) bagi tempoh tertentu, penggantian peralatan dan penukaran kad sim secara percuma kepada pelanggan yang terjejas serta perkhidmatan wi-fi 5G secara percuma di pusat pemindahan sementara (PPS) Putra Heights.

“Penawaran bantuan sokongan dan pemulihan telekomunikasi kepada pelanggan yang terjejas adalah mengikut keperluan dari semasa ke semasa dan berbeza mengikut syarikat telco (tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan),” katanya.

Fahmi berkata demikian dalam Sidang Media Mingguan Kabinet, di sini sebentar tadi.

Katanya lagi, maklumat lanjut mengenai bantuan ini boleh diperolehi dengan mengunjungi kaunter bergerak syarikat telco yang dibuka di PPS, atau menghubungi talian utama (hotline) syarikat telco yang berkaitan, atau hadir ke mana-mana cawangan telco yang berdekatan.

Antara telco yang terlibat ialah CelcomDigi, Maxis, TM Unifi, U Mobile dan YES.

-ZS-

Tinggalkan komen anda