
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Kementerian Perpaduan Negara
JITRA, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Negeri Kedah merupakan Negeri kedua lokasi Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) selepas Negeri Melaka pada 4 hingga 5 April lalu, manakala Pulau Pinang akan menjadi lokasi perasmian SMP peringkat Kebangsaan nanti.

Ruji Ubi memberi ucapan semasa Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Kedah.
Kelmarin telah berlangsungnya Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 peringkat Negeri Kedah di Dataran Darulaman, Jitra Kedah yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Ruji Ubi.
Menurutnya, Kementerian Perpaduan Negara akan melaksanakan kutipan data di lapangan bagi Kajian Indeks Perpaduan Negara (IPNas) ketiga di seluruh negara bermuda 28 April ini.

Sekitar Majlis Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 Peringkat Negeri Kedah di Dataran Darulaman, Jitra.
“Proses kutipan data akan dijalankan secara bersemuka dengan menggunakan borang soal selidik dari rumah ke rumah berdasarkan peta Blok Perhitungan dan Tempat Kediaman yang ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia,” katanya.
-ZS-