
Laporan/foto: M Zakry Chan
BANDA HILIR, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Pertandingan Bengkel Seni ‘Kreativiti Hijau: Melestarikan Alam Melalui Seni’ Recycle Art Relief Painting berjaya mencapai objektifnya apabila menerima penyertaan yang menggalakkan dalam kalangan pelajar.

Ahmad Afiq Zulkarnain.
Berkonsepkan kitar semula, pertandingan ini membawa seni lukis dalam melestarikan alam, secara langsung mendidik masyarakat menghargai bumi dan menjadikan amalan kitar semula sebagai budaya hidup.
Menurut pemenang tempat pertama, Ahmad Afiq Zulkarnain, 20, yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, saya menggunakan motif sesumpah dalam penghasilan karya ini dengan menggunakan barang-barang terbuang seperti sisa bahan elektrik dan kotak telur.

Nur Aini Taib.
“Selain itu bagi menghidupkan seni 3D ini saya memainkan warna terang dan gelap bagi menaikkan lagi tanda-tanda kehidupan dalam hasil seni saya,”ujarnya.
Manakala bagi pemenang tempat kedua Nur Aini Taib, 23, dari Institut Perguruan Perempuan Melayu Melaka, berkata hasil seninya menggunakan subjek penyu dan beberapa teknik bagi menghasilkan karya ini.
“Bahan-bahan kitar semula yang saya gunakan adalah plastik, tisu, penutup tin, penyedut minuman, tutup botol dan berus gigi,” ujarnya ketika ditemui dalam Majlis Pembukaan dan Perasmian Galeri 3D Wonders Of The World (WOW 3D) World Youth Foundation 2025, di sini hari ini.
-ZS-