Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Menteri Besar Pahang Rai 1,725 Jemaah Haji

By 5 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)

PEKAN, 22 Apr (Malaysiaaktif) – Seramai 1,725 bakal jemaah haji dari negeri Pahang bagi musim haji 1446H/2025M telah selesai Kursus Perdana Haji yang berlangsung di Masjid Sultan Ahmad Shah Al Haj ini, di sini kelmarin.

Sejumlah RM1.66 juta diperuntukkan kerajaan Pahang untuk jemaah haji dari negeri ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dalam ucapan perasmiannya menekankan pentingnya para jemaah haji untuk mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang cukup mengenai ibadah haji.

“Diharapkan para jemaah juga menjaga kesihatan dan nama baik negara sepanjang berada di Tanah Suci,” ujarnya.

Kerajaan Negeri Pahang turut menyampaikan sumbangan berupa wang saku sebanyak RM750 kepada setiap bakal jemaah haji.

Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada program Barakah Haji Pahang yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan para jemaah.

Menteri Besar Pahang bersama pemimpin-pemimpin kerajaan bergambar bersama para jemaah.

Turut disumbangkan adalah pek makanan khas ‘Juadah Makmur’ dan buku panduan doa Arafah.

Seorang bakal jemaah haji termuda dari Pahang, Amsyar Muhamad Razaki, 16, melahirkan rasa syukur dan gembira atas kesempatan untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Sementara itu, jemaah haji tertua, Iteh Mat Noor, 83, turut berkongsi rasa terharu dan tidak sabar untuk berangkat ke Tanah Suci.

“Sudah lama saya menantikan saat ini, alhamdulillah tahun ini saya menerima jemputan dari Allah,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif.

-ZS-

Tinggalkan komen anda