
Laporan/foto: Zayana Isa (Pahang)/Pejabat Menteri Besar Pahang
KUANTAN, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Menteri Besar Pahang Datuk Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail dianugerahkan PhD Kehormat dalam bidang Ekonomi Islam dan Perbankan yang disampaikan oleh Presiden Universiti Yarmouk, Profesor Dr Islam Massad, di Jordan, kelmarin.

Wan Rosdy berharap hubungan antara Kerajaan Negeri Pahang dan Universiti Yarmouk terus berkembang dan memberi manfaat yang lebih besar kepada kedua-dua pihak
Wan Rosdy dalam kenyataan medianya berkata, pengiktirafan yang diberikan ini merupakan lambang eratnya hubungan strategik yang telah lama terjalin antara Kerajaan Negeri Pahang dan Universiti Yarmouk.

Kerjasama rasmi antara kedua-dua pihak telah bermula sejak tahun 2001
“Kerjasama rasmi antara kedua-dua pihak bermula sejak tahun 2001, apabila satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani antara Kolej Yayasan Pahang dan Universiti Yarmouk bagi menghantar anak-anak Pahang untuk melanjutkan pengajian ke universiti tersebut dalam bidang pengajian Islam,” ujarnya.
Tambah beliau, sehingga kini seramai 363 anak-anak Pahang telah menamatkan pengajian di Universiti Yarmouk manakala seramai 78 orang lagi masih dalam pengajian.
“Saya percaya hubungan akademik yang kukuh antara Pahang dan Universiti Yarmouk mampu diperluas lagi ke bidang penyelidikan bersama, inovasi ekonomi Islam, teknologi hijau serta pembangunan lestari,” katanya.
-AA-