Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Gembira Terpilih Menggerjakan Haji Selepas Lama Menunggu

By 30 April 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

KOTA SETAR, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Beberapa orang bakal jemaah yang terpilih mengerjakan ibadah haji pada tahun ini melahirkan rasa gembira dan teruja.

Majlis Bacaan Yasin.

Bakal jemaah, Shahrazad Mohd Syafie, 64, berasa gembira apabila mendapat khabar berita itu, selepas sekian lama menunggu giliran untuk mengerjakan ibadah haji.

Seorang lagi bakal jemaah, Aminatulnaim Yusuf, 75, berasa terharu dan gembira kerana akhirnya mendapat tawaran mengerjakan ibadah haji.

“Saya sangat gembira kerana telah menanti sekian lama untuk panggilan haji ini kerana telah mendaftar lama. Saya juga selalu mengikuti kursus asas haji yang dianjurkan TH,” katanya dalam Program Sembang Santai Komuniti MADANI Jalan Datuk Kumbar, di sini kelmarin.

Taklimat ‘Sindiket Penipuan Tawaran Pekerjaan di Luar Negara’.

Para muslimat Masjid Al-Ikhlas Taman Nakishah turut mengadakanMajlis Bacaan Yasin dan mendoakan mereka yang akan mengerjakan rukun Islam kelima itu dipermudahkan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda