
Laporan/foto: Noor Syuhada Muhamad Yasin (Pokok Sena)
ALOR SETAR, 20 Apr (MalaysiaAktif) – Ahli-ahli Komuniti MADANI Hutan Kampung yang diketuai oleh Haji Othman Hussein telah menyertai slot khas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bersama Komuniti MADANI yang dianjurkan oleh NADI Langgar, di sini semalam.

Taklimat Kesihatan ringkas oleh Nur Diana.
Menurut Pengurus NADI Langgar Nur Diana Mohd Nazri, slot khas untuk ahli-ahli Komuniti MADANI adalah pada setiap Sabtu pertama dan ketiga setiap bulan dan antara program yang akan ditawarkan adalah Latihan Kemahiran Asas ICT, Kesedaran Keselamatan Dalam Talian dan juga Perkhidmatan Pintar NADI berdasarkan keperluan Komuniti MADANI setempat.
Ahli-ahli komuniti yang hadir hari ini turut mendapat perkhidmatan saringan kesihatan yang disediakan secara percuma kepada semua ahli NADI iaitu pemeriksaan Indeks Jisim Tubuh (BMI), tekanan darah dan juga bacaan gula dalam darah.

Saringan kesihatan sedang dijalankan.
“Perkhidmatan saringan kesihatan ini amat bagus untuk ahli komuniti dan juga orang ramai kerana dapat mengesan masalah awal kesihatan dan seterusnya berjumpa doktor untuk mendapat rawatan susulan,” kata salah seorang ahli Komuniti MADANI Hutan Kampung, Tharah Md Isa.
-ZS-