Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

NADI Saji Sesi Pembelajaran Menarik

By 51 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Armizie Hanazifs Ahmad (Pendang)

PENDANG, 20 Apr (MalaysiaAktif) – Program Lawatan Sambil Belajar Komuniti MADANI ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) memberi peluang kepada warga komuniti menggunakan kemudahan yang terdapat di NADI termasuk mengikuti sesi pembelajaran, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.

Orang ramai yang berkunjung ke NADI berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan asas seperti pemeriksaan paras gula dan tekanan darah.

Berbeza dengan perkhidmatan yang disediakan di awal penubuhannya, kini NADI bukan sahaja menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer dan Internet kepada orang ramai malah turut menyajikan sesi pembelajaran menarik, kelas bimbingan keusahawanan, kelas tambahan dalam talian dan pelbagai aktiviti menarik lain yang dapat memenuhi keperluan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan dewasa dan remaja.

Komuniti MADANI Kampung Batu 16 semalam telah menjayakan sesi lawatan sambil belajar ke NADI Bukit Raya Dalam dan menggunakan peluang ini untuk mempelajari tentang penggunaan TikTok Shop dan Affiliate.

Salah seorang peserta program, Musliha Usman,  45, berkata beliau sering melayari dan membuat pembelian melalui laman media sosial TikTok.

“Saya datang ke sini hari ini untuk belajar menggunakan Tiktok Shop kerana berminat membuat video dan ingin mencuba berniaga melalui Tiktok,” ujarnya.

Program Lawatan Sambil Belajar Komuniti MADANI Kampung Batu 16 ke NADI Bukit Raya Dalam.

Berminat memasarkan perniagaannya secara atas talian melalui TikTok Shop, Sharifah Dayang Nasriah Syed Ibrahim yang turut menyertai program pada hari ini teruja mempelajari asas penggunaan Tiktok Shop dan Affiliate.

“Selepas ini saya akan lebih kerap berkunjung ke NADI untuk mempelajari penggunaan TikTok untuk perniagaan dengan lebih mendalam supaya dapat memasarkan jualan kuih sejuk beku saya secara atas talian,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda