
Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin (Pekan)
PEKAN, 30 Apr (MalaysiaAktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riâayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan hasrat untuk menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri Pahang sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan jawi.

Keberangkatan Baginda diiringi oleh Timbalan Yang Dipertuan MUIP YAM Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah (berbaju biru)
âSaya ingin, agar satu badan atau institusi khusus ditubuhkan di bawah Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dengan mandat melaksanakan kursus,latihan dan pertauliahan jawi secara rasmi,” titah Baginda.
Titah Baginda lagi, agenda jawi ini tidak boleh dianggap sebagai sisipan atau pelengkap semata-mata, sebaliknya mesti dijadikan komponen penting dalam membina negeri yang bertamadun dan beridentiti.
Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat bercemar duli ke Mesyuarat MUIP kali ke-194 di sini, kelmarin.
Turut berangkat mengiringi Baginda, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah yang juga merupakan Timbalan Yang Dipertuan MUIP.
-AA-