Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

400 Peluang Pekerjaan Berkemahiran Tinggi Menanti Anak Johor

By 28 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/FB Aznan Tamin (Johor)

JOHOR BAHRU, 21 Mei (MalaysiaAktif) – Sebanyak 400 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi bakal diwujudkan di Johor hasil pelaburan berskala besar bernilai RM3 bilion oleh Haitian Group, syarikat peneraju global dalam pengeluaran mesin acuan suntikan plastik dari China.

Sebanyak 400 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi bakal diwujudkan di Johor hasil pelaburan berskala besar bernilai RM3 bilion oleh Haitian Group

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pendidikan Negeri Aznan Tamin, berkata perkembangan ini merupakan satu khabar gembira kepada rakyat tempatan, khususnya golongan muda yang berhasrat membina kerjaya dalam bidang teknologi tinggi dan pembuatan moden.

Haitian Group, syarikat peneraju global dalam pengeluaran mesin acuan suntikan plastik dari China telah memilih Johor sebagai pusat pengembangan operasi global mereka

“Usaha ini selaras dengan visi Johor untuk menjadi hab pelaburan dan teknologi utama di rantau Asia Tenggara dan melalui Johor Talent Development Council (JTDC), kerajaan negeri komited untuk memastikan bakat anak-anak tempatan diperkasa dengan kemahiran yang selari dengan kehendak industri semasa,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Menurut Aznan, pemilihan Johor sebagai lokasi pengembangan operasi global Haitian merupakan satu pengiktirafan penting terhadap potensi ekonomi dan kemajuan negeri ini.

“Lebih membanggakan, Haitian turut merancang untuk menubuhkan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta pusat latihan kemahiran tinggi di Johor.

“Langkah ini akan memberi manfaat jangka panjang kepada pembangunan tenaga kerja tempatan,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda