Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Festival Makanan Mega Selangor 2025: Tarik Pengunjung dengan Sajian Viral

By 3 Mei 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff (Selangor)

SHAH ALAM, 3 Mei (MalaysiaAktif) – Lebih 100 gerai makanan dari seluruh Selangor menyajikan pelbagai jenis menu istimewa sempena Festival Makanan Mega Selangor 2025 yang berlangsung meriah di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Masliza Mohammad (kanan) bersama rakannya Marziah Abdul Rahim tidak melepaskan peluang untuk menikmati Gula Cakery

Festival empat hari yang bermula dari 1 hingga 4 Mei 2025 ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kerajaan negeri bagi memeriahkan Kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS2025).

Beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam, festival ini turut menampilkan pelbagai aktiviti sampingan seperti demonstrasi masakan, persembahan kebudayaan malam dan aktiviti belon panas yang menarik perhatian pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut penjawat awam, Masliza Mohamad Nor, 42, beliau mengetahui tentang festival ini melalui media sosial, tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba makanan viral yang ditawarkan.

Riduan melayan pengunjung di gerainya Nasi Ayam Gepuk

“Tempat saya bekerja kebetulan dekat sahaja dari sini, jadi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk merasai makanan viral seperti suka dessert,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung, Mesah Malam, 50, menyifatkan penganjuran festival seperti ini wajar diteruskan secara berkala untuk membantu peniaga kecil memperkenalkan produk mereka kepada umum.

“Saya rasa festival ini sepatutnya diadakan sekurang-kurangnya empat bulan sekali bagi memberi peluang kepada peniaga kecil untuk menambah pendapatan kerana ramai orang datang, terutama pada waktu malam,” jelasnya.

Bagi peniaga makanan, Riduan Yusof, 30, yang menjual ayam gepuk, peluang berniaga di festival ini sangat bermakna kerana sambutan yang amat menggalakkan.

“Saya mula berniaga sejak hari pertama festival dan alhamdulillah, jualan saya memang habis setiap hari, pengunjung yang datang sangat ramai,” ujarnya.

Festival Makanan Mega Selangor 2025 bukan sahaja menawarkan kepelbagaian makanan dari seluruh negeri, tetapi turut menyediakan suasana santai yang sesuai untuk pengunjung beristirahat sambil menikmati persembahan budaya yang berlangsung sepanjang festival.

-AA-

Tinggalkan komen anda