
Laporan/foto: Zayana Isa(Pahang)/KRT Taman Impianku
KUANTAN, 2 Mei (MalaysiaAktif) – KRT Taman Impianku mengambil peluang melalui program yang dianjurkan di daerah ini untuk menjana pendapatan.

Antara pelanggan yang mendapatkan pokok orked di gerai jualan KRT Taman Impianku
Pengerusi KRT Taman Impianku Mohd Faizal Razak berkata, peluang yang diberikan ini tidak mungkin akan disia-siakan memandangkan mereka mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan tambahan.
“Ini merupakan pengalaman kali pertama kami menyertai aktiviti jualan di program yang diadakan di daerah Kuantan, dan sememangnya peluang sebegini tidak akan disia-siakan,” katanya ketika dihubungi Malaysia Aktif, semalam.

KRT Taman Impianku bijak mengambil peluang untuk menjana pendapatan
Ujar Faizal lagi, projek Kebuniti yang dijayakan oleh mereka merupakan salah satu projek di bawah KRT yang mana KRT Taman Impianku menerima dana khas melalui RT Progresif.
“Kami menjalankan penanaman anak pokok seperti pokok bunga kertas dan orked, dan pada jualan ini dan alhamdulillah sambutan yang diterima sangat menggalakkan,” katanya.
Jualan yang berlangsung selama dua hari ini dianjurkan oleh Pasar Sera sempena Temasya Komedi Rakyat yang menampilkan pelawak tanah air seperti Kumpulan Shiro dan Fikry Ibrahim.
-AA-