Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Galeri 3D Keajaiban Dunia, Buka Ruang Pengiat Seni Berkarya

By 6 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan/FB Istana Melaka

BANDA HILIR, 1 Mei (MalaysiaAktif) – Majlis
Perasmian Galeri 3D Keajaiban Dunia World Youth Foundation, satu lagi mercu tanda baharu dalam usaha memartabatkan industri pelancongan dan kebudayaan negeri Melaka.

Zaidi Attan ketika berucap dalam majlis tersebut

Menurut Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Negeri Melaka, Datuk Zaidi Attan, Galeri 3D ini satu inisiatif produk pelancongan baru yang dibangunkan oleh belia belia mahir dalam kesenian.

Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, Yang diPertua Negeri Melaka bergambar dalam Galeri

“Melaka, sebagai negeri yang kaya dengan warisan sejarah dan budaya, kini melangkah setapak lagi ke hadapan dengan memperkenalkan elemen seni 3D interaktif seperti lukisan lukisan ini dalam menyampaikan kisah sejarah, seni dan budaya kepada
masyarakat.

“Galeri 3D ini bukan sekadar tempat bergambar atau hiburan semata-mata malah satu platform pendidikan visual yang menyampaikan naratif sejarah, warisan dan inovasi melalui medium moden dan kreatif.

“Dengan pelancaran galeri ini, kita juga membuka ruang kepada para usahawan kreatif, penggiat seni digital dan pelukis tempatan untuk berkarya serta mempamerkan hasil kerja mereka kepada umum, seterusnya memacu ekonomi pelancongan dan
kebudayaan negeri ini,” ujar beliau ketika berucap dalam majlis tersebut, di Banda Hilir, semalam.

-AA-

Tinggalkan komen anda